Ahmad Maslan Merungut Makan Pizza Harga RM236.70?

Sebut je nama Ahmad Maslan, memang semua tahu bahawa menteri ini memang sangat suka memasak dan tidak lokek untuk kongsikan resepi masakannya di media sosial.

Apa yang pasti, resepi yang dikongsikan oleh beliau memang unik-unik belaka. Memang buatkan ramai teringin nak mencuba. Tapi kali ini lain pula ceritanya mengenai Ahli Perlimen Pontian itu.

Baru-baru ini, menerusi laman Twitter, Datuk Seri Ahmad Maslan meluahkan rasa puas hati apabila terpaksa membayar caj SST 6 peratus dan caj servis perkhidmatan sebanyak 10 peratus ketika makan di sebuah restoran makanan segera popular.

Malah, Ahmad Maslan memberitahu, caj tersebut adalah bukti kerajaan sekarang menipu rakyat. Ujarnya lagi, meskipun GST sudah dimansuhkan, masih ada SST dan caj servis perkhidmatan.

Perkongsian beliau itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana rata-rata mereka membidas kenyataan tersebut. Ada yang mengatakan itu sememangnya harga yang dikenakan sejak kerajaan lama memerintah lagi.

Ada juga mengatakan, rakyat marhaen seperti mereka hanya makan pizza hanya untuk majlis tertentu dan tidak makan sesuka hati. Tidak kurang juga ada yang memberi cadangan supaya Ahli Perlimen itu membuat pizza sendiri dirumah atau cipta pizza baru.

Malah ada netizen memberi peringatan dimana sebelum ini Ahmad Maslan juga pernah mengatakan perlaksanaan GST akan menurunkan harga barang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram