Bertalu-talu Amyra Rosli terima pujian! Wah tak sangka

Kehadiran artis jelita Amyra Rosli dalam set rancangan Sepahtu Reunion Live, Jumaat lalu mengundang gelak ketawa netizen. 

Apa tidaknya, Amyra yang muncul sebagai pelakon jemputan untuk rancangan tersebut, tak habis-habis mengeluarkan dialog ‘pick up line’ sampaikan Shuib sendiri terdiam! 

Penampilan Amyra mendapat pujian ramai peminat.

Tak sangka pula, di sebalik watak berat yang selalu dibawa Amyra, rupanya tersimpan sisi komedi isteri kepada Amar Baharin ini. 

Disebabkan ayat-ayat ‘pickup line’ yang membuat netizen pecah perut ketawa, Amyra kini digelar Ratu Pickup Line baru! 

Antara komen-komen pujian yang diberikan netizen kepada Amyra.

Selain daripada Amyra, Aaron Aziz turut muncul sebagai pelakon undangan. 

Amyra membawa watak sebagai Jannah, anak kepada Tauke kedai runcit.

Lihat saja video yang dikongsi seorang pengguna Twitter, Al Badri yang menulis status “Aku dah jumpa orang yang boleh lawan pikapline Sepahtu.”

Aamyra berkahwin dengan Amar dan dikurniakan seorang anak bernama Aqeef Anaqi.

Ramai yang memberi reaksi mengatakan Amyra begitu selamba membuat ayat-ayat kelakar, sehinggakan dikatakan Amyralah yang berkemungkinan mengurat Amar Baharin. 

 

 

Sumber: MHE TV