Ini Sebabnya Dubai Menjadi Bandar Sangat Kaya Dengan Begitu Cepat

Lebih 50 tahun yang lalu, sumber minyak dijumpai di Dubai. Sumber ini membantu membina dan menaikkan bandar metropolis moden ini.

Namun, walaupun Dubai dikenali kerana minyak, sumber ini hanya menyumbang kurang daripada 1% keluaran dalam negara kasar negara ini.

polis dubai menggunakan kereta sport 419

Kini bandar Dubai merupakan pusat perniagaan global dan juga destinasi pelancongan mewah. Di sinilah berdirinya bangunan paling tinggi di dunia dan anggota polisnya menggunakan kereta sport sebagai kereta peronda. Jadi, bagaimana Dubai menjadi tersangat kaya? 

1. Lokasi strategik dan aktiviti maritim

kekayaan dubai datang daripada aktiviti maritim

Pasti ramai yang tak tahu, sebenarnya antara sumber utama kekayaan Dubai datang melalui aktiviti maritim yang sangat maju. Dahulunya merupakan bandar nelayan yang sederhana, namun menjadi pelabuhan perdagangan yang penting menjelang abad ke-20.

Kedudukannya yang terletak berdekatan dengan Iran dan pintu masuk Teluk Parsi menarik pedagang dari seluruh dunia. Kini, pelabuhan kargo Jebel Ali adalah yang paling sibuk di Timur Tengah dan boleh dikatakan aset komersial paling bernilai bagi Emiriah Arab Bersatu.

kekayaan dubai datang daripada aktiviti maritim 2

2. Jafza zon ekonomi bebas

Faktor kejayaan terbesar pelabuhan ini adalah lokasinya yang terletak dalam Jafza, iaitu zon ekonomi bebas terbesar di dunia dengan keluasa 57 kilometer persegi. Zon ini merupakan antara satu daripada zon industri yang terdapat di Dubai.

jafzaa zon ekonomi bebas

Zon ini menarik perniagaan dengan keuntungan cukai, faedah duti dan tiada sekatan pemilikan asing. Kini di Jafza sahaja terdapat beribu-ribu syarikat menyumbang lebih 20% daripada jumlah pelaburan asing di negara ini.

Zon ini menjana lebih daripada RM400 billion nilai dagangan yang menyumbang kepada 21% keluaran dalam negara kasar Dubai.

3. Kos buruh murah punca pembangunan pesat

bagaimana dubai menjadi sangat kaya 2

UAE mempunyai populasi imigran ke-6 tertinggi di dunia, dan lebih daripada 80% penduduk negara ini adalah orang asing. Tenaga kerja utama di sini datang daripada Asia Tenggara yang rata-rata bekerja di kawasan pembinaan dengan gaji yang rendah dan waktu kerja yang panjang.

Dengan tenaga kerja yang murah inilah yang membantu Dubai menjadi antara kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di dunia.

Walaupun Dubai merupakan negeri terbesar dan paling tinggi populasi di UAE, namun negeri yang paling kaya adalah ibu negaranya iaitu Abu Dhabi. Abu Dhabi mempunyai 9% daripada rizab minyak dunia.

4. Dubai vs Abu Dhabi

keadaan dubai sebelum penemuan minyak

Sumber minyak dijumpai di Abu Dhabi bermula tahun 1930-an yang mana ketika itu jirannya, Dubai, belum menemui sumber tersebut. Ia berlaku ketika kemerosotan industri mutiara iaitu sumber pendapatan utama teluk ini. Ini menyebabkan tekanan berlaku di antara kedua-dua wilayah ini.

Ketegangan itu meningkat sehingga berlaku konflik bersenjata tercetus akibat pertikaian berkenaan sempadan pada tahun 1947. Campurtangan British mengurangkan ketegangan namun ekonomi Dubai terus menjunam memaksa rakyatnya terpaksa berpindah ke wilayah lain.

5. Sheikh Rashid Bapa Pembangunan Dubai

sheikh rasheed bin saeed al maktoum bapa pemodenan dubai

Ketika itu lah munculnya Sheikh Rashid bin Saeed Al Maktoum. Selepas beliau menjadi pemerintah Dubai bermula 1958, Sheikh Rasheed membuat keputusan melaburkan wang membangunkan infrastruktur. Beliau membuat pinjaman dan menggunakan pendapatan daripada aktiviti maritim sedia ada.

Dana tersebut dibelanjakan menubuhkan syarikat swasta yang mana kemudiannya membina talian elektrik, servis telefon, lebih banyak pelabuhan dan juga lapangan terbang pertama Dubai.

Menjelang tahun 1966, hubungan antara Dubai dan United Kingdom menjadi semakin lumayan berikutan penemuan sumber minyak pertama Dubai. Ketika itu Sheikh Rasheed mengumumkan dua berita, satu berita baik dan buruk. Berita baik adalah mereka menjumpai minyak, berita buruk adalah ia hanya sedikit.

6. Kini lokasi pelancongan mewah

dubai kini

Namun, bandar itu tidak memerlukan sumber minyak untuk membangun sebaliknya hasil itu digunakan membiayai strategi sedia ada Sheikh Rasheed yang menjadikan perdagangan, kewangan dan pelancongan sebagai asas ekonomi Dubai.

Strategi itu kelihatan menjadi kerana kini kerana penggunaan tenaga boleh diperbaharui semakin meningkat dan semakin tidak bergantung kepada hasil minyak.

lapangan terbang dubai paling sibuk di dunia

Kini Dubai mempunyai lapangan terbang paling sibuk di dunia dari segi trafik penumpang antarabangsa yang menandakannya sebagai pintu masuk Timur Tengah. Dan ia bukan sahaja menjadi lokasi persinggahan tetapi destinasi pelancongan oleh pelancong seluruh dunia.

Keputusan meminjam wang oleh Sheikh Rashid kini membuahkan hasil mengubah Dubai daripada perairan sunyi kepada antara bandar paling sibuk di dunia.

 

Sumber: