“Kerana Mereka Bangla, Kau Tak Nak Dengar Arahan, Buat Mereka Macam Anjng!” – Michael Ang Tempelak Siapa

Pengarah drama terkenal, Michael Ang meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir rakyat Malaysia yang mendiskriminasi pekerja asing terutama warganegara Bangladesh.

Enggan mengikut arahan pekerja asing hingga menimbulkan masalah kepada orang lain, kata Michael perkara itu tidak seharusnya berlaku terutama di tempat sibuk seperti lapangan terbang.

“Luahan hati setiba di Malaysia! Kepada rakyat Malaysia tolonglah pak guard pak guard Bangla kat airport tu tengah buat kerja supaya jalan tak sesak.

“Just because they are Bangla kau org tak nak dengar arahan dia org, nak buat dia org macam anjng! 

“The truth is kau org yang tak berotak dan menyusahkan orang lain yang berotak dan ikut arahan!” katanya dalam sebuah entri di Instagram semalam.

Michael yang baru pulang dari bercuti di Jepun turut menjelaskan tiada sebarang isu berbangkit antara dia dan pihak pengurusan sebuah syarikat penerbangan tempatan.

“And to @malaysiaairlines no big deal I am just being a diva what u all did was for our safety and thank you for the wonderful service on board. 

“Malaysia still need a national carrier as a Malaysian will always support u all!” tambahnya.

Michael sebelum ini menyuarakan ketidakpuasan hati selepas syarikat penerbangan terbabit terpaksa menukar pesawat yang lebih kecil untuk perjalanan pulang ke Malaysia atas masalah teknikal.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Dato’siti,Dato k

SUMBER: Instagram @michaelang38