Mula Mekap Sejak 3 Tahun, MUA Remaja Thailand Kini Mampu Beli BMW!

Seorang make-up artist (MUA) berusia 12 tahun ini berasal dari Thailand. Bakat solekan pada Pear Paplern mula tercungkil pada seawal usia 3 tahun lagi dan kini dia aktif mengenakan solekan pada wajah model dan artis di Thailand.

Sebelum ini, dia pernah memuat naik video pertama hasil solekannya di akaun YouTube. Hasil solekannya itu semakin hari semakin ‘meletop’! Tambahan, dia mampu beli sebuah kereta BMW hasil dari pendapatannya itu. Memang terbaiklah!

Perjalanan saya bermula di sini

Adik Pear Paplern berkongsi di bio Facebook akaun rasminya mengenai perjalanan kerjaya peribadi sebagai MUA. Dia mula memberanikan dia mengenakan solekan pada wajah sendiri dan merakam video untuk dimuatnaik ke akaun YouTube. Sehingga kini, akaun YouTube milik Pear Paplern telah mencecah 278K subscribers!

Video pertama di YouTube

Ini antara video pertama yang dirakam sendiri Pear Paplern dan sempat dimuatnaik di laman YouTube sejak 6 tahun lalu. Kedua video ini telah mendapat lebih 6.6 juta tontonan dan masih dipertontonkan seluruh dunia.

Hasil tangan Pear Paplern

Anugerah MThaiTopTalk

Pear Paplern turut kongsi anugerah yang pernah diterimanya pada Mac 2018. Anugerah tersebut ialah Anugerah Young Role Model di malam berprestij Mthai sebuah anugerah hiburan di Thailand. Dia turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang tak henti menyokong kerjayanya.

Happy Birthday to me

MUA kanak-kanak ini telah kongsi di laman Facebook peribadinya dengan memuatnaik satu foto bersama sebuah kereta jenama BMW. Dia turut meninggalkan kapsyen mengucapkan “Happy Birthday To Me”.

Tambahnya, dia bersyukur atas ulang tahun kelahirannya dan mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong dirinya selama ini.

Sumber: Pear Pleran via OhBulan!