Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-4, Ini Ucapan Hanez Suraya Buat Suami… Sweetnya!

Pelakon tinggi lampai, Hanez Suraya Abdul Aziz menyambut ulang tahun perkahwinan keempat bersama suaminya, usahawan Romie Razin Adilha Abd Jais.

Menerusi laman sosial Instagram milik Hanez semalam, pelakon drama bersiri Autumn Di Hatiku itu memuat naik sekeping foto dirinya bersama suami.

“Happy 4th Anniversary Sayang. Semoga perkahwin kita kekal hingga ke Jannah. Semoga kita perbaiki apa yang kurang bersama.

“Semoga kita sama-sama membesarkan anak-anak dengan baik dan mendidik mereka menjadi orang yang berguna. Insya-Allah. Amin,” tulis Hanez.

Di ruangan komen, rata-rata peminat Hanez turut sama mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pelakon terbabit.

Pengikut laman Instagram Hanez juga mendoakan agar perkahwinan Hanez bersama suami kekal sehingga ke syurga.

Hanez selamat bernikah dengan Romie pada 14 Mei 2015 di Masjid Putra, Putrajaya dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Aleesya pada 30 Disember 2015. Kini, Hanez sedang sarat hamil anak kedua dan dijangka menimang cahaya mata baru pada Julai depan.

SUMBER: Gempak