“Suami Saya Bukan Orang ‘Ada-Ada’ Tapi Alhamdulillah Masih Cukup Makan – Isteri Rody Kristal, Niena Azman

Hujung tahun dan sambutan tahun baru menjadi pilihan golongan selebriti untuk melancong dan bercuti bersama insan tersayang.

Sudah tentu negara-negara beriklim sejuk menjadi destinasi pilihan mereka  sempena meraikan kedatangan tahun baru 2019 yang tinggal beberapa hari lagi.

Berbeza selebriti ini, mereka nampaknya memilih untuk melancong di dalam negara sahaja dan dilihat cukup seronok menikmati percutian ini bersama keluarga tercinta.

Niena Azman, isteri kepada gitaris kumpulan Kristal, Rody melahirkan rasa syukur biarpun suaminya itu hanya membawa dirinya bercuti sekadar di Pantai Morib sahaja.

“Suami saya bukanlah orang ‘ada-ada’ tapi Alhamdulillah masih cukup makan hasil rezeki-Nya.

“Tengok pasangan artis lain bawa isteri mereka ke Maldives, Bali, Umrah..seronoknya! Dia (suami) bawa saya ke Pantai Morib je tapi saya bersyukur sebab dia tak pernah merungut untuk buat apa sahaja untuk saya,”tulis Niena di Instagram miliknya.

Tidak kiralah dalam atau luar negara, setiap percutian itu membawa bahagia. Bercutilah ikut kemampuan, jangan bercuti sakan, berbelanja habis-habisan hingga memudaratkan kewangan dihari kemudian. -MHE TV

Temasya dwitahunan Sukan Sea ke-29 KL2017 sudah melabuhkan tirainya minggu lalu.

Pelbagai momen indah menjadi saksi sepanjang dua minggu acara berlangsung, salah satunya kecemerlangan skuad futsal wanita kebangsaan.

Di sebalik kejayaan itu, fokus tertumpu kepada penjaga gawang nasional, Niena Azman yang bukan sahaja tangkas tetapi juga menawan.

Sempena Gempak Star Of The Week minggu ini, kami mengangkat ikon futsal wanita ini untuk berkongsi kisah menarik sepanjang kariernya sepanjang 13 tahun.

1) Bola jaring ke futsal

Niena atau nama sebenarnya Nur Izwani Azman, 30, merupakan anak jati Johor dan turut disapa Niena dan Dekno.

Sebelum melibatkan diri dalam sukan futsal, Niena terlebih dahulu aktif dalam sukan bola jaring.

Uniknya, Niena sebenarnya peminat bintang remaja popular Justin Bieber!

2) Penjaga gol terbaik

Niena telah menyertai pelbagai perlawanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Paling manis apabila saya diiktiraf penjaga gol terbaik pada kejohanan bola sepak wanita kebangsaan dan liga futsal IPT,” katanya.

3) Muka kena rembat

Tiada sebarang kecederaan serius berlaku kepada Niena sepanjang menjadi penjaga gol namun dia pernah dirembat bola oleh pemain ke bahagian muka.

“Sebelum ini saya pakai pendakap gigi dan apabila berlanggar bibir saya pecah dan mulut berdarah,” tambahnya.

4) Nak cantik kena berpeluh

Bagi Niena, kecantikan merangkumi semua aspek dan perlu memastikan badan kekal cergas seiring usia.

“Saya suka berpeluh untuk kekalkan kecantikan asli, menjaga pemakanan dan aktiviti. Saya juga tak makan makanan ringan,” kongsinya tentang tips menjaga kecantikan.

6) Gol & Gincu

Paling gemar menonton filem yang bertemakan sukan futsal dalam kalangan wanita.

“Situasi latihan, pertandingan dan gaduh-gaduh dalam filem itu hampir sama dengan realiti,” jelasnya.

7) Hantu coklat

Mungkin helah ini akan berjaya menawan hati Niena.

Gadis ini sebenarnya hantu coklat dan meminati segala bentuk makanan berasaskan coklat.

“Saya paling suka coklat cair, tak tahu kenapa.

“Bagi yang tidak tahu saya sebenarnya berhati tisu, senang-senang sahaja air mata menitis kalau tersentuh,” katanya yang juga suka memasak sup.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Dato’siti,Dato k

Sumber : IG @niena_azman via MenujuKebenaran