Untungnya! Anzalna Nasir Dapat Hadiah Kereta Maserati Ghibli Berharga Lebih Setengah Juta Dari Suami

Aktres cantik Anzalna Nasir mendapat kejutan daripada suaminya, Hanif Zaki apabila dihadiahkan sebuah kereta mewah, Maserati Ghibli.

Hanif atau nama sebenarnya Muhamad Hanif Mohamad Zaki berkongsi berita tersebut menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

“Because surprises are better than promises,” tulisnya secara ringkas.

Rata-rata pengikut Hanif di Instagram (IG) turut meluahkan kegembiraan mereka melihat kebahagiaan pasangan ini.

Selain itu, komen-komen netizen turut menyifatkan Anzalna sebagai seorang wanita yang sangat beruntung mempunyai suami seperti Hanif.

Menerusi pemerhatian di laman internet, harga kereta ini bermula dari RM618,800 dan boleh menjangkau sehingga RM1 juta, bergantung kepada spesifikasi.

Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Because surprises are better than promises ❤️

A post shared by Hanif Zaki (@hanif_zaki) on


 

 

Sumber: Instagram hanif zaki