Vokalis Blackfire, Bekas Editor Fantasi Dijemput Ilahi. Siapa Sangka Ar wah Adalah Suami Kepada Kartunis Popular Ini

Vokalis kumpulan Blackfire dan bekas Editor Majalah Fantasi, Azmi Bahari, 58, men1nggal dunia akibat strok di kediamannya di Bandar Bahru Selayang, Selangor kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Beliau yang terlantar selepas diserang penyakit tersebut sejak lima tahun lalu meninggalkan isteri, Sabariah Jais, 55, dan tiga anak, Asraf Alif, 27, Afiq, 24, dan Adila, 23.

Azmi sebelum ini juga pernah menjadi wartawan, penulis dan tulang belakang antaranya untuk Majalah Anak-anak Sidek, Majalah Cabai dan Berita Publishing sejak awal 90-an hingga sebelum beliau jatuh sakit selain merupakan aktivis politik.

Menurut isterinya yang lebih dikenali sebagai kartunis Cabai di Majalah Gila-Gila, keluarganya reda dengan ketentuanNya dan berharap suaminya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“ Arwah Azmi sudah lama sakit. Beliau merupakan seorang yang ceria dan mudah berdamping dengan sesiapa sahaja,” katanya ketika dihubungi Utusan Online sebentar tadi.

Jena zah Azmi dikebumikan di Tanah Perkub0ran Selayang Bahru kira-kira pukul 11.30 pagi tadi dengan dihadiri ahli keluarga, kenalan dan saudara-mara.

Pernah satu pentas dengan MAY, Febians, SYJ

Anak kelahiran Kangar, Perlis itu bersama-sama Blackfire yang ditubuhkam pada 1982, aktif melakukan konsert dan gigs termasuk pernah menyertai pertandingan juara-juara rock 80-an antaranya sekitar Perlis, Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Blackfire yang pernah berkongsi pentas antaranya dengan kumpulan M.A.Y, D’Febians dan S.Y.J, merupakan kumpulan ekstrem metal pertama Malaysia selain pencetus kepada permulaan muzik berat dan pergerakan underground di Malaysia.

Blackfire mengeluarkan album pertama pada Jun 2006 di bawah Nebiula Productions yang menggabungkan lagu Melayu dan Inggeris sebelum melakukan konsert reunion pertama kira-kira 10 tahun lalu dan tidak lama selepas itu berpecah.

Nama Blcakfire juga dikatakan tidak asing lagi dikalangan anak anak seni muzik sekitar 80an dan tidak hairan kumpulan ini begiu popular terutamanya di Sabah.

Minat yang mendalam terhadap muzik membuatkan mereka ini menubuhkan kumpulan gitar rancak “KUGIRAN” di awal tahun 80an.

Isteri Allahyarham adalah kartunis humor wanita yang sensasi, Cabai

Sementara itu isteri Allahyarham Azmi merupakan seorang kartunis humor wanita yang sensasi, Cabai atau nama sebenarnya Sabariah Jais, bukan calang-calang kartunis humor.

Beliau mula berkarya pada tahun 1988 sehingga hari ini, ibu kepada tiga orang anak ini telah menempuh pelbagai kejayaan dan kecemerlangan dalam kerjaya kartunis humor.

Kartunis Cabai telah melakar sejarah menjadi kartunis humor wanita pertama di negara ini dan mempunyai karektor kartun yang tersendiri dan watak-watak kartun humornya dikenali oleh peminat. Cabai pernah menerbitkan majalah sendiri iaitu Majalah Cabai -ekslusif untuk wanita.

Di antara karya popular beliau yang turut dijadikan telemovie ialah Tiga Dara Pingitan. Manakala karya hebat cabai ialah Joyah sport, Makcik Wok, Usop 2020

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber : utusan